Thursday, May 26, 2011

Merungkai Sebuah Persoalan


Bismillahirrahmanirrahim...

Aku bingung... Setiap kali sebelum mata tertutup dibuai mimpi, macam-macam perkara yang bermain di fikiran. Macam-macam perubahan yang ku impikan. Aku ingin menjadi seperti tokoh wanita yang punya personaliti unggul dalam sejarah islam seperti Khadijah, Asiah, Fatimah, Aisyah, Sumayyah, Hafsa, Nusaibah, Ratu Balqis, Siti Zulaikha, dan ramai lagi.

Hari ini, setelah solat subuh, ku pandang tepat pada luar tingkap. Masih gelap. Tiba-tiba perkara semalam kembali bermain di kotak mindaku. Ahh... Semakin bertambah persoalan yang timbul. Perubahan apa yang kucari selama ini? Perubahan untuk apa? Untuk siapa perubahan itu? Adakah untuk manusia? Sedangkan diri hina di sisi Allah... Mengapa manusia yang perlu didahului?

Mentari semakin menunjukkan diri tanpa kusedari. Ku ambil buku biru pemberian sahabatku, buku yang menjadi teman ketika aku sedih dan gembira. Aku buka bahagian planner untuk melihat target perubahan untuk hari ni. Banyak nya target. Tapi jarang sekali dapat capai semua target-target tu. Kalau dapat capai pun, belum tentu niat tu betul-betul ikhlas.

Aku mula mencari jawapan untuk persoalan-persoalan tadi. Helaian demi helaian buku itu ku selak. Tiba-tiba mata terhenti dekat satu ayat ni

"Hidayah tu bukan datang dan pergi ikut suka hati je dik, so, once hidayah tu datang, cepat-cepat berubah dengan niat kerana Allah SWT sebab hidayah tu milik DIA. Ingat dik, kalau dah berubah, tapi still rasa macam zero, there must be something wrong dengan niat kita. Setting niat betul-betul. Tu benda yang paling utama dalam setiap perkara kita buat"

Sebaknya bila baca kata-kata itu. Thanks Allah... Alhamdulillah. Akhirnya aku jumpa juga jawapannya... Berubahlah dengan niat yang betul agar tetap istiqamah di jalan-NYA..

"Ya Allah, andai jiwaku terpesong,betulkanlah niatku... Andai hatiku gusar dalam melaksanakan perintah-Mu,maka Kau berikanlah hidayah dan petunjuk dengan jalan yang terbaik..."

1 comment:

  1. Alhamdulillah...seronok baca tulisan ukhti.
    ringkas tp bernas. sajak tu pun best gak..
    moga terus diberi kekuatan untuk terus istiqamah. Juga, moga Allah bg ketabahan, kesabaran serta kekuatan iman seperti para mujahidah dlm sajak tersebut...wallahua'lam.

    ReplyDelete