Friday, May 27, 2011

BILA MANA ALLAH MENDUGA KITA

Bismillahirrahmanirrahim...

Pertama kali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seorang insan yang merupakan seorang teman, sahabat dan juga kawan pada diri ini... Dan terima kasih juga kerana sudi menerima diri ini seadanya dalam hidupmu... Agak sukar untuk memilih kawan dikala duka... tapi "Thank You ALLAH" kerana menganugerahkan seorang insan yang begitu istimewa dalam hidupku... Sahabatku... Pemberianmu sangat bererti untuk diriku dan pemberianmu juga memberikan kekuatan kepadaku... Terima Kasih...


Alhamdulillah... Rupanya tak perlu mengambil masa yang lama untuk membacanya, kerana buku ini tidak membosankan ^_^... Dalil-dalil yang diberikan dalam buku ini memberikan impak yang besar kepada insan-insan yang diuji oleh ALLAH... Buku yang bertajuk "BILA ALLAH MENDUGA KITA" sangat memberi motivasi dalam diri individu muslim. Buku ini menceritakan dengan lebih terperinci tentang aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.

Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai ALLAH daripada orang mukmin yang lemah dan pada masing-masing terdapat kebaikan. Raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolong kepada ALLAH dan jangan bersikap lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu, jangan berkata, ”Andai saya berbuat begini pasti akan begitu.” Tapi katakanlah, ”ALLAH telah mentakdirkannya dan apa yang dikehendakiNya pasti terjadi.” Kerana sesungguhnya kata ’seandainya’ membuka perbuatan syaitan. (Hadis Riwayat Muslim)

Kita harus ingat, setiap saat ALLAH SWT akan menduga umatNya dengan berbagai-bagai ujian, tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulanglah pada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia, malah di akhirat kelak.

”Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ”Inna Lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kami milik ALLAH dan kepada-Nyalah kami kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk” (Al-Baqarah: 155-157)

Oleh itu setiap perkara yang datang perlulah ditangani dengan bijak, jangan bertindak terburu-buru dan selebihnya terserah kepada ALLAH SWT.


Sources: BILA ALLAH MENDUGA KITA (Syed Alwi Alatas)


Thursday, May 26, 2011

Maaf... Aku hanya seorang An-Nisaa




Aku hanya An-Nisaa
Ya Allah ya rabbku..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah itu wanita pertama
Tiada ragu untuk mengucap syahadah
Pengorbanannya bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Ya Allah Ya Rahman
Andai baru diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah pula putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya itulah yang membersihkan luka
Tangannya itulah jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Ya Allah,Rabbul Izzati
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..


Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa dijadikan taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Allah,Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti Sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad diri..
Iman sedikit pun takkan rapuh

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..ya Rabbku
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga
Iman Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..
Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..Ya Tuhanku
Mampukah aku kelak menjadi ibu yang berjihad ?
Sedangkan pertanyaan tentang tak tutup aurat pun masih tidak terjawab
Sedangkan tinggalkan solat pun buat tak kisah
Berikan diriku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diriku cuma
An-Nisaa akhir zaman

Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!

Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari
Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah dan
Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya
Syahadah Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..

perkongsian ilmu,Luahan rasa bersama sutera iman/iman illahi

Merungkai Sebuah Persoalan


Bismillahirrahmanirrahim...

Aku bingung... Setiap kali sebelum mata tertutup dibuai mimpi, macam-macam perkara yang bermain di fikiran. Macam-macam perubahan yang ku impikan. Aku ingin menjadi seperti tokoh wanita yang punya personaliti unggul dalam sejarah islam seperti Khadijah, Asiah, Fatimah, Aisyah, Sumayyah, Hafsa, Nusaibah, Ratu Balqis, Siti Zulaikha, dan ramai lagi.

Hari ini, setelah solat subuh, ku pandang tepat pada luar tingkap. Masih gelap. Tiba-tiba perkara semalam kembali bermain di kotak mindaku. Ahh... Semakin bertambah persoalan yang timbul. Perubahan apa yang kucari selama ini? Perubahan untuk apa? Untuk siapa perubahan itu? Adakah untuk manusia? Sedangkan diri hina di sisi Allah... Mengapa manusia yang perlu didahului?

Mentari semakin menunjukkan diri tanpa kusedari. Ku ambil buku biru pemberian sahabatku, buku yang menjadi teman ketika aku sedih dan gembira. Aku buka bahagian planner untuk melihat target perubahan untuk hari ni. Banyak nya target. Tapi jarang sekali dapat capai semua target-target tu. Kalau dapat capai pun, belum tentu niat tu betul-betul ikhlas.

Aku mula mencari jawapan untuk persoalan-persoalan tadi. Helaian demi helaian buku itu ku selak. Tiba-tiba mata terhenti dekat satu ayat ni

"Hidayah tu bukan datang dan pergi ikut suka hati je dik, so, once hidayah tu datang, cepat-cepat berubah dengan niat kerana Allah SWT sebab hidayah tu milik DIA. Ingat dik, kalau dah berubah, tapi still rasa macam zero, there must be something wrong dengan niat kita. Setting niat betul-betul. Tu benda yang paling utama dalam setiap perkara kita buat"

Sebaknya bila baca kata-kata itu. Thanks Allah... Alhamdulillah. Akhirnya aku jumpa juga jawapannya... Berubahlah dengan niat yang betul agar tetap istiqamah di jalan-NYA..

"Ya Allah, andai jiwaku terpesong,betulkanlah niatku... Andai hatiku gusar dalam melaksanakan perintah-Mu,maka Kau berikanlah hidayah dan petunjuk dengan jalan yang terbaik..."

Dirimu Pastiku Rindu...

~ Bismillahirrahmanirrahim ~


Dirimu sentiasa di ingatanku, moga dalam redhaNya selalu…
Allah SWT berfirman:
“Kepada Allah jualah kembalinya kamu, dan Dia amat berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu”(Surah Hud : 4)
Daripada Allah S.W.T kita datang kepadaNya jua kita kembali.. Itu lumrah hidup. Dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata kerana akhirat jua yang kekal selama-lamanya.

.: Amal Hayati:.



ALLAH sentiasa bersamaku...



Langit yg cerah tak semestinya memanjang...
Awan yg mendung tak semestinya akan hujan...
Oleh itu persiapkan bekalan untuk hadapi apa saja kemungkinan...
Insyaallah boleh...
ALLAH bersamamu sekarang... ^_^

.: Amal Hayati :.

Akhwat yang cantik disisi ALLAH



WANITA SOLEHAH..


bukan hanya dengan bertudung@berhijab...



bukan jua dengan hanya berpurdah...




tetapi wanita yang cantik di sisi
Allah ialah:


1. melukis kekuatan melalui masalahnya.




2. tersenyum di saat tertekan.



3. tertawa di saat hati sedang menangis.




4. tabah di saat terhina.



5. mempesona kerana memaafkan.




6. mengasihi tanpa meminta balas.




7. bertambah kuat dalam doa & pengharapan illahi.



tapi perasan tak mostly gambar-gambar di atas adalah gambar kartun,
bukan yang sebenar...^_^

sebabnya...

agak susah untuk kita sebagai manusia melakukannya..
tapi ianya TIDAK MUSTAHIL UNTUK DILAKUKAN

jom kita try buat sama-sama...
insyaallah, kita akan rasa ketenangannya...

PERCAYALAH, ALLAH TIDAK PERNAH JADIKAN SESUATU SIA-SIA.
PASTI ADA HIKMAH DISEBALIK SETIAP SESUATU





Wednesday, April 27, 2011

Ya Allah... Jika Aku Jatuh Cinta...


Ya Allah jika aku jatuh cinta,

Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,

Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,

Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,

Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang

Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,

Janganlah kenikmatan itu melebihi

Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,

Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh

Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,

Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku

Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Amiin…

Aku Hanya Seorang Wanita Biasa



Aku ini hanya seorang perempuan biasa...
Ada cita-cita mahu menjadi seorang perempuan yang agak luar biasa...
Jadi seorang Rabiatul Adawiyah...
Jadi seorang Sayyidah Nafsiah...
Atau setidak-tidaknya seorang Fatimah az-Zahra...
Atau seorang Asiah...
Atau seorang Khadijah binti Khuwailid...
Tetapi siapalah aku ini di sisi Allah s.w.t.?
Aku hanya seorang perempuan yang biasa ya Ilahi...
Biasa itu adalah sangat biasa...
Sungguh biasa sekali...
Hanya sekecil bagai sezarah debu...

Wednesday, March 23, 2011

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t.



Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua

Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..




dari buku ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul’ – Fatimah Syarha

Tuesday, January 4, 2011

Kerana aku mencintaimu sepenuh hatiku…



Buat adikku yang dikasihi kerana Allah...
seringkali ku tersenyum tiap kali kau menintakan lafaz cinta dan kasih...
Sungguh, sedalam makna kau mencintaiku, tentu kasihku pada mu seluas lautan tak bertepi, sedalam lautan tak berdasar...
namun ku tak betah menuturkannya di depanmu...
apatah lagi membalas jawapan kasihmu itu...
kerana seringkali aku takut…
aku takut disaat aku menuturkan lafaz cinta itu...
aku tidak mampu melepaskan dikau pergi dari hidupku..
kerana…
diari seorang murabbi itu…
anak-anaknya datang dan pergi…
ada yang tidak akan ditemuinya berkurun lama...
ada yang akan terus hanyut dibuai lautan dunia penuh badai...
ada yang masih terus bersama, namun berada di bawah teduhan murabbi lain pula…
seringkali jalan ini mengajarku untuk berkasih seadanya, mencintai semampunya…
kerana kepahitan di saat berpisah itu terasa kesat dihati ini dan air mata yang mengiringinya tidak mampu ditanggung oleh seberkas hati kecil ini…
cukuplah cinta ini bermuara di hatiku tanpa ucapan..
biarlah senyumanku, tawaku, dan keprihatinanku padamu melukiskan kasihku yang dalam padamu…
Dikaulah lilin yang menerangi hari suramku adikku...
Dikaulah pengejut jiwa yang terkadang mengantuk ini...
Dikaulah penolak hati di kala diri ini lemah…
Dan aku menyintaimu sepenuh hatiku..
Duhai buah hatiku yang rindui atas cintaNya…
di saban waktu…
Buat adik-adik kesayanganku, di mana sahaja antunna berada,
Akak sentiasa mengingati kamu…